Ini antara fotografi yang saya buat semasa pergi Tamu Besar Kota Belud 2009, walaupun saya sendiri berasal dari Kota Belud tetapi inilah rasanya pertama kali saya menghadirinya hehe ... walaupun panas terik tetapi berbaloi sebab banyak subjek fotografi yang boleh dibuat memandangkan ianya hanya diadakan sekali setahun. Utk tatapan bersama saya kongsikan dulu wajah2 wagra tua yang menjual barangan tempatan dibawah panas terik matahari :)

